Wednesday, August 4, 2010

Jenis-jenis jodoh

Setiap manusia mempunyai fitrah untuk berpasang-pasangan. Namun bukan semua bernasib baik dalam mencari atau menemui pasangan yang diinginkan. Kita cuma merancang namun Allahlah yang menentukan.Sepertimana Nabi Adam A.S dan Hawa,Zulaikha dan Nabi Yusuf, Nabi Muhammad dan Siti Khadijah, kita semua mahukan pasangan yang memahami dan menerima diri kita. Terdapat 3 jenis jodoh,yakni.....

a) Dari Allah
     Ini adalah jodoh yang paling baik. Pasangan ini digambarkan sebagai pasangan yang akan merasai 
     kebahagian di dunia dan di akhirat. Hal ini kerana pasangan ini akan berjumpa dan terus mendirikan 
     rumah tangga tanpa melibatkan maksiat. Contohnya seorang adam dan hawa bertemu 
     kemudian bertentangan mata dan berpisah.Perasaan mereka akan tidak keruan selepas bertemu. Dari 
     pandangan yang sebentar itu tadi akan meruapkan perasaan cinta kedalam hati masing-masing. 
     Kemudiannya, si adam ini akan melafazkan kata cinta dan kemudianya melamar hawa itu tadi menjadi  
     permaisuri hidupnya.Mereka berdua akan melayari dunia rumah tangga dengan jayanya dengan 
     berpandukan iman. Si suami akan menjalankan tanggungjawab dengan mengikut acuan yang telah 
     ditetapkan oleh Islam dan si isteri akan mematuhi dan mentaati si suami dengan rela hati apabila kasih 
     sayangnya dihargai. Hal ini kerana sudah fitrah wanita untuk menyayangi jika dia disayangi. Apabila 
     institusi rumah tangga itu berjalan dengan lancar dan mengikut acuan yang disediakan oleh Islam dan 
     diredhai Allah insyaallah,pastinya zuriat yang lahir dari pasangan ini akan menjadi insan-insan yang 
     berminda kelas pertama di dunia dan di akhirat.

b) Dari Jin
    Jodoh jenis ini adalah penjodohan yang diatur oleh manusia mengunakan bantuan jin Laknattullah. Jodoh  
    seperti ini masih terjadi marcapada ini. Contohnya kes pelajar pintar yang secara tiba-tiba ingin
    mengahwini teman lelakinya dan tidak mahu berganjak dari keputusannya walaupun sudah dipujuk oleh
    pelbagai pihak termasuk ibu bapa pelajar tersebut. Rupa-rupanya,teman lelakinya sudah menyihirkan dia
    sehingga dia tidak nampak apa yang baik untuk dirinya. Setelah dibawa berubat secara trandisional oleh
    ahli keluarganya,kini dia sudah mendapat kewarasannya semula dan terbongkarlah yang sebenarnya dia
    tidak mahu kepada lelaki tersebut. Penjodohan seperti ini biasanya tidak akan bertahan lama kerana lama
     kelamaan hal ini akan terbongkar. Jadi andai orang yang kita sayang,menolak cinta kita,pasrahlah pada
    yang Esa. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita.


c) Dari Syaitan
    Jodoh seperti inilah yang sering berlaku marcapada ini.Hal ini dapat dibuktikan dengan lahirnya banyak
    zuriat yang lahir di luar nikah.Setiap hari kita dihidangkan dengan penemuan mayat atau bayi yang masih
   bertali pusat di merata negara.Jodoh seperti ini boleh dilihat apabila si lelaki berjumpa dengan si gadis lalu
   bermula kegiatan maksiat tanpa dapat dibendung lagi.Masyaallah.........
Jadi wahai pembaca sekalian,berdoalah bermula hari ini agar anda akan mendapatkan jodoh yang terbaik di dunia mahupun di akhirat.Insyaallah.........Amin

No comments:

Post a Comment